Saturday 19 January 2013

HARI KE-LIMA : MAE SAI-LUANG NAMTHA PART II

HARI KE-LIMA : MAE SAI-LUANG NAMTHA

Sekilas Date       : 19 Dec 2012 (DAY 5)
Distance :
267 km,
Location :Mae Sai (THA)-Luang Namtha(LAO)
                 (Mae Sai-Golden Triangle-Chiang Kong-Huay Xai-Luang Namtha)
Duration : 
4 hours 16 mins

(sambungan dari episod I)



dari sini, belok ke kanan untuk ke bandar Chiang Kong untuk membuat conveyence form
Perjalanan akan melalui pekan kecil Chiang Kong.Perhatikan signboard Chiang Kong Customs House.Pejabat ni terletak hampir nak keluar pekan Chiang Kong(kalau dari arah simpang 3  di atas).

Di sini kena buat conveyence form,pegawai di sini agak ramah..sambil menyiapkan dokumen kami beliau bersembang dengan kami.Pegawai tersebut ada mengatakan tak lama lagi akan ada jambatan antara Thai-Lao.
Dokumen yang di perlukan untuk proses Conveyence Form ni:
  • Salinan geran motor
  • Passport
  • THB100

Conveyence form ni kena simpan elok2 sampai kita masuk balik Thailand.Form ni kena serahkan kat Custom Laos masuk dan keluar dari sana..

Dah setel urusan kat sini moh kita ke jeti..kat sana ada ururusan lagi..

Pejabat Imigresen Thai

Kat sini serahkan passport untuk di cop dengan white card.Dah siap setelkan passport dengan white card kita ke pejabat sebelahnya pulak...Pejabat Kastam..

   
Di pejabaat ini dokumen yang di perlukan:
  1. Passport
  2. Conveyence Form 
  3. Salinan geran motor
  4. Custom Form. 

padding dengan seluar dah sebati...
Dah siap semua?...belom lagiii...ada 1 lagi yang perlu di selesaikan....beli tiket tongkang a.k.a Feri dalam bahasa saintifiknya..tak beli macam mana nak ke seberang...kat mana nak beli?

nun di atas sana tempat tiketnya..THB500

dah siap semuaaa...so kita tunggu lah tongkangnya..kebetulan pulak kiraorang sampai tongkang tengah rehat.Masa rehat nya dalam 1300-1400...so masa tu lebih kurang 1245 tongkang dah berhenti..so tunggulahh..
pekerja tongkang naik rehat...aku pulak turun rehat kat bawah pintu gerbang ni..
LAOS melambai lambai part II..mengikut kata ayah aku,dulu Pahang banyak feri sebab dulu Pahang tak banyak jambatan macam sekarang,tongkang kat Pahang lagi semenggah dari ini..malah ada yang ada kantin kecik lagi dalamnya...
hensem sunguh moto abang kita ni...belum tengok yang belakang tu lagii
sedang duduk syok2 kat bawah pintu gerbang tiba2 FRU Bomba datang menyembur air dari atas..macam tau2 je kita orang sembang pasal moto kotor...

 
ingatkan nak tolong basuh sekali motor kitaorang niii...
 lepak punya lepak sampai tak tahu nak buat apa dah, sedar2 hari dah 1415...lori treler masuk beduyun duyun..dah macam konvoi...hati banyak gumbira...tak sabar dah niii

masuknya lori pertama...perasaan berdebar-debar datang..excited nak masuk negara ke-tiga ni
lori ketiga...yah!..yah!..cepat sikit masuk!..aku dah tak sabar niii
Now its my turn...
pppooccott
nampak macam dalam gap antara platform tongkang dengan tebing tu..tapi pekerja tongkang tu dah check siap2 kawasan mana moto boleh lalu..
Bye bye Chiang Kong..see you tomorrow... (tomorrow?)

legaaa...dah sampai tahap ni..

Abam Ramli kita..

korang nampak bangunan kuning tuu...di situ lah nanti nak cop pasport..
menghampiri tebing Laos....wow!!..macam tak pecaya sekejap lagi aku mendarat di bumi LAOS...perhatikan bulatan merah dan no.3 tuu..akan aku ceritakan nanti apa benda tu dan kenapa di episod akan datang..
Akhirnya selamat mendarat di Bumi Laos lebih kurang jam 1500

Teruskan bersama Lesen L Je... untuk kisah seterusnya...

2 comments: